Sunday, January 18, 2009

Media Press



NEXT PROJECT - SAVE THE PALESTINE

DONATE A.S.A.P TO NSTP BEFORE 7th FEBRUARY 2009

PROUD OF YOU ALL!!!..

Thursday, January 1, 2009

Have A Heart Fund


Gambar kenangan untuk adik Syakirin & IJN.

Untuk makluman semua (terutamanya para penderma), jumlah wang yang berjaya dikumpul tempohari adalah sebanyak RM1385.50

Expenses :-

RM70 - Paperbag
RM150 - Nad (Cupcake 150pcs)
RM140 - Mek (Mug 70pcs)
RM348.50 - CK (packed food, gameboy ps2 game, gift for VIP)
RM150 - Clown
RM61.80 - Mek (frame, album, printing)
RM18 - Cik Ros (lanyard 30pcs)

Total expenses = RM938.30

Balance = RM447.20

Ada tambahan RM10 untuk tabung Have A Heart 360 menjadikan baki sebanyak RM457.20 untuk kegunaan charity project akan datang, insya Allah.

Dengan belen tu, nak derma semua kat anak-anak yatim or you guys wanna do/buy something for them? Buy school supplies? Books/Dictionaries? Or a simple outing for some snacks or a movie? Up to uols, iols boleh suggest sajork! Bukan sekarang... later-laterlah yek. Anytime up to you orang.

P/S: Sue, your idea (visiting kids suffering from AIDS) is good indeed but shall we do something for the orphans first?


Monday, December 22, 2008

Have A Heart - Laporan Penuh


news @ ntv7 Dec 20th

Tempat: Institut Jantung Negara.
Tarikh: 20 Disember 2008.
Waktu: 10.30am - 02.30pm.
Penganjur: Balairaya 360.


Objektif :
  • Untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama pesakit kanak-kanak IJN dan cuba menceriakan mereka.
  • Penyerahan sedikit sumbangan untuk para pesakit dan menyampaikan hadiah impian dua orang pesakit untuk 'Wish List Programme' anjuran IJN.
  • Mengajak lebih ramai masyarakat Malaysia amnya dan komuniti bloggers khususnya agar sama-sama memberi perhatian dalam apa juga bentuk kepada pesakit-pesakit di IJN.
Idea untuk cuba menceriakan pesakit IJN tercetus apabila tersentuhnya hati salah seorang dari bloggers Kampung Sri 360 apabila beliau menyaksikan video berkenaan IJN yang ditayangkan di Konsert IJN Sheila Majid awal tahun ini. Komuniti Balairaya 360 menyambut baik usul yang diberi dan telah sama-sama berusaha untuk menjayakan projek 'Have A Heart' bagi pesakit kanak-kanak di IJN. Projek perintis Balairaya 360 ini telah mendapat sambutan seluruh warga kampung, tidak kira dimana mereka berada walau terpisah antara benua, malahan mendapat perhatian bukan warga Malaysia juga. Sejumlah wang berjaya dikumpul serta sumbangan berupa barangan dari orang-orang perseorangan telah diterima. Projek ini membuktikan persahabatan alam maya yang erat terjalin serta direalisasikan untuk satu niat yang mulia.

Diharap 'Have A Heart' dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat supaya kita tidak lupa kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan kanak-kanak dan bayi. Adalah menjadi harapan sekiranya ini menjadi pemangkin kepada orang ramai khasnya komuniti bloggers lain agar tampil dengan program-program kemasyarakatan seumpamanya dalamana masing-masing meriah di alam siber. Pihak penganjur serta IJN sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan beban pesakit-pesakit di IJN untuk masa akan datang. Semoga 'Have A Heart' akan menjadi titik permulaan untuk kita semua.

Dengan kejayaan projek ini diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa kewujudan bloggers dikalangan alam maya bukanlah setakat bersembang kosong bercerita tentang ketaksuban diri sendiri, atau melemparkan provokasi berkenaan isu-isu negatif, sebaliknya kami juga mempunyai inisiatif untuk berbakti dan memberi faedah kepada masyarakat dan negara.

Idea yang dicetuskan oleh Mem Aluyah Kueh Lapis ini pada asalnya ialah untuk mengagih-agihkan cupcakes dan belon sahaja, namun atas sambutan hangat yang diberikan (penduduk kampung, pihak luar, rakan, kawan sekerja malah facebookers) ianya telah bertukar menjadi satu projek yang sangat berjaya dan mengagumkan.

Minit Acara:

10.30am
- ketibaan penduduk2 kampung berserta sukerelawan dari kampung2 sebelah. barang2 sumbangan dikumpul. goodies bag pula telah disiapkan pada malam sebelumnya di IJN juga.

11.00am
- bergerak ke Wad Bunga Raya di tingkat 5. segala persiapan terakhir disusun sebelum acara bermula.
- penyanyi yang meningkat naik, Imran Ajmain bersama pengurus, Aszuad dan pembantu tiba 20 minit kemudian.

11.30am
- bergerak melawat setiap wad dan kanak-kanak sambil memberikan goodie bag/belon yang disampaikan satu persatu oleh Imran. pada masa ini, ramai ahli menjadi sebak walaupun gembira dapat menyampaikan sumbangan.
- keadaan kanak-kanak malah bayi yang menanggung kesakitan membuatkan semua ahli berasa sayu namun suasana berubah kerana semangat dan sambutan yang ditunjukkan adalah sangat positif.

12.00pm
- makan tengah hari. sebanyak 100 pek makanan berupa nasi lemak dan mihun diagih-agihkan kepada pesakit dan pelawat.
- 200 biji cupcakes juga disediakan disamping 200 kotak minuman.

12.30pm
- khusus untuk ahli, makanan tengah hari telah disediakan oleh pihak IJN berupa spaghetti, muffin dan tembikai serta teh dan kopi.
- sebenarnya pihak penganjur hanya bertanya jika dapat disediakan air minuman, tetapi Pn. Alawiyah telah berbesar hati untuk menyediakan makanan juga.

1.00pm
- aktiviti riadah dimulakan sementara menunggu ketibaan wartawan dan juga kemuncak acara iaitu kejutan untuk adik Syakirin.
- suasana bertukar menjadi sangat meriah dengan kehadiran badut belon seawal jam 12tgh hari dan permainan origami yang diberi tunjuk ajar oleh Cikyaya dan Abam Fazz.

1.30pm
- adik Syakirin dibawa masuk ke dalam bilik permainan. pada masa ini, beliau telah ditanya apakah barang yang diidamkan. sambil malu-malu beliau menjawab sebuah gameboy dan telah terkejut apabila Imran Ajmain secara tiba-tiba menghulurkan sebuah paperbag berisi gameboy.
- untuk makluman, hadiah gameboy ini telah ditaja oleh Hanis Zainul Azizan.
- adik Syakirin sangat teruja menerima hadiah yang disampaikan telah memberikan ucapan yang sangat hebat walaupun sukar untuk mengawal perasaan.

2.00pm
- Imran Ajmain meminta diri kerana ada urusan yang lain. kami semua berbangga dan berbesar hati serta berterima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang beliau berikan. semoga kami dapat berurusan lagi bersama beliau di masa hadapan.
- sejurus selepas itu, wartawan dari NTV7 tiba juga walaupun telah terlewat. selain ulasan projek kebajikan ini, mereka juga meminta kami mengulas mengulas pengswastaan IJN kepada Sime Darby Healthcare. kami 100% TIDAK BERSETUJU dengan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan itu.

2.30pm
- walaupun hati terasa berat dan kemeriahan masih terasa, kami terpaksa mengakhiri lawatan kami ke IJN pada kali ini.
- diharapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat menghiburkan hati adik-adik yang sedang menjalani rawatan dan kami berdoa semoga semuanya dapat sembuh dan panjang umur.

Terima kasih juga kepada ustaz kampung 360, Azmel yang sangat bermurah hati untuk menaja hadiah PS2 untuk adik Qayyum walaupun kedua-duanya tidak dapat menghadirkan diri.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk warga kampung yang menaja barang-barangan lain (tidak tersebut disini kerana terlalu banyak) dan juga penderma-penderma lain yang berjiwa mulia samada dikenali atau tidak yang telah menyalurkan wang ringgit menerusi bendahari projek, Ciknad.

Diharapkan, projek perintis ini menjadi pemangkin untuk kegiatan kebajikan Balairaya 360 untuk masa akan datang.
Sekian laporan dari Mek Mafia, Pengurus Projek kali ini.


p/s: beratus2 gambar telah dimuatnaik (cewah!) di facebook. i heart u 'ols!

Monday, December 15, 2008

UPDATES AS PER YM CONFERENCE ON 15 Dec 08.


Confirmed items (sponsored):

1. Balloons, helium gas, ribbons n balloon weights - Cik Ros.
2. Papers (colored) for origami (1 or 2 reams)- Cikyaya & Abam Fazz.
3. Drinks (150s)- Cikyana
4. Goodies (chocs, sweets, layer cake, waffer, twisties, cloud 9) - Mek n CK.
5. Gameboy - CK's friend
6. Cupcakes (50pcs) - Ciknad

Not confirmed items (sponsored):

1. Chocs/biscuits - Cik Sue
2. Banner + Tag - Tok Ketua

Items to buy using fund:
(all for patients and ward staff)

1. Paperbag for goodies (70pcs) - Ciknad RM70
2. Packed food (nasi lemak/mihun) - CK RM300
3. Clown stuff - Cikika RM100
4. Cupcakes (150pcs) - Ciknad RM150
5. Mugs as goodies (70s) - Mek RM140
6. Cartridge (1) - CK RM100
7. Souvenir for artists/guests/press - unknown.

Please note that:

1. Theme color for our shirt is RED, no longer white ok. it's RED. no jersy. especially Man U mueheheh..

To Do List:

1. Mem to prepare media invite/press release. pass to mek, mek will pass to pn.
2. Mek to ask pn about sheila majid. ask also about ijn videoclips so we can put up at balai/event page.
3. CK to confirm/finalize on artists attendance/PS2 sponsorship.

P/S:

CK, Mek n her osmet will be at IJN on friday nite 8pm to arrange goodie bags. we will keep them at IJN. cikyana can come if u want to put ur 13 cartons of drinks too heheh.
CK, as a reminder, before meet up u must take paperbags from ciknad first.

Ok, I think that's about it!
Next conf is tomoro nite. same time same place.
TQ.

Sunday, December 14, 2008

IJN Have A Heart Project




dear all,

pls be informed that:

1. the event is on 20th dec 08 (11am-2pm). we should gather by 1030am at IJN.
pls put down your name as attendee if u are coming. i need the figures!

2. everyone, pls wear WHITE shirt. yg penting is shirt ok. lain2 accessories like white cap, white shoes or white headband pon bole but yg penting is WHITE SHIRT. pls, it's a must!

i need these names to confirm me a.s.a.p on your contribution:

1. cik ros: balloons n helium gas.
2. cik sue: chocolates.
3. cik nad: balloons n ribbons, cupcakes.
4. cikyaya/ira: game materials.
5. ck: imran ajmain (attendance/sponsor).
6. tok ketua: kek n banner.
7. ira: diddy af (attendance/sponsor).
- i will call diddy tomoro.
- i already have chocs n sweets for doorgift.
8. zool/k.e: badut. heheh. Korg ada contact tak mane2 badut yg buat belon?
9. cik fizz: books/reading materials.
10. PL: farah af (attendance).
11. anyone who would like to confirm on sponsorhip. ke ada mek termiss?

i need details peeps!

TO-DO LIST:

1. doorgift. i already have 2 items (as above).
i need 1 or 2 more items to put in the bag. ideas? am goin out now to find that bags for goodies. wish me luck!

2. packed food. who's willing to take charge? we need 70 packs. i suggest something like sandwich/fruits. or u think nasi goreng or mihun pon bole? tlg la ada org yg mahu bertindak pls =) muahh..

3. dear cikyaya, mek da mati kutu nk main ape. i was thinking something like pepakura or origami. just choose one item, kita praktis smpi cemerlang, i need u to get some color papers for the kids. mungkin burung. burung ape?
it's cheaper n easy right? (kalo nk dptkan coloring books or puzzle, byk lak ongkos. pensil lagi. hehe).

4. anyone who needs to use some money from our fund, pls contact ciknad. ciknad, pls allocate some money for a gameboy (max:rm300. harap2 dpt semurah ni hihi). if we cant get the artists to sponsor the ps2, we just need to buy the gameboy (for any 1 lucky kid who wants a gameboy). ck n myself, i need the answer tomorrow ok!

anything else, pls update here! n i need ur prompt reply.
TQ!

kindly refer to the discussion board as well.

posted by Mek Mafia.

Tuesday, December 2, 2008

Have A Heart Project : Latest Update



on behalf of org2 kampung, i am in charge directly with IJN's PIC, cik alawiyah, utk take over tugas mem yg jauh kat dubai nu.
anyway, these are the details of our phone conversation.

first thing first, bilakan tarikh event ni?
i would sajes after rayahaji , which is on Saturday, 13th Dec 2008.
or the next Saturday, 20th Dec 2008.
sila banci.

waktu melawat adalah bebas.
cik alawiyah sajes around 11am onwards.
tak pagi sgt, tak ptg sgt.
kalo setuju, 11 pagi kita gather kat sana.
sila banci.

kedua, kalo bole kita decide ape program/aturcara kita.
especially PL. heheh. bkn ape, kalo ada, derg bole set up hall utk kita.
kalo takde pon takpe, kita just merayau2 dlm ward tu.

ketiga, is the most interesting one.
pihak IJN ingin melancarkan Children's Wish Program.
program ni akan dilancarkan selepas raya, on the 9th or 10th Dec.
cik alawiyah has informed me about this one boy yg mmg paling lama duduk kat ward.
so given priority, his wish is to have a gameboy (wish pesakit lain pon ada tp dia kira spesel lah).
ciknad selaku bendahari program, mungkin bole buat kira2 samada tabung kita cukup ke tidak.

if we decide to participate in this program, our group would be the first one lah.
pihak IJN berkolaborasi dgn The MalayMail utk hebahkan mengenai perancangan ini.
maka, promosi atau kolum akan disiarkan kat newspaper lah.
bagus kalo nawaitu kita ialah utk tolong promote for public awareness kan?
mungkin kampung kita akan menjadi perintis utk badan2 atau organisasi2 yg lain.

so, kita perlu confirm on 3 benda ni.
date, time, bahan2 charity and the wish program, kalo kita mampu.
for fb, dialu2kan utk click butang +share dan forward to frens of frens.

p/s: silakan konpemkan kedatangan anda utk tarikh yg dipilih.

trimas!

Tuesday, November 25, 2008

Have A Heart Project (Book)



Sudah sedia maklum, sehubungan dengan Have A Heart Project

Fizzzy sedang mengumpul bahan bacaan untuk didermakan. Tidak kira buku baru atau terpakai (asalkan masih dalam keadaan yang baik). Keutamaan diberi untuk buku cerita kanak-kanak tapi bahan bacaan untuk orang dewasa (G rated sahaja ...playboy saya tak mahu ya cik sue) amat saya alu-alukan.

Usahasama ini diharap bukan sahaja untuk mengukuhkan silaturahim antara bloggers di Kampung 360 amnya, tetapi jua untuk kita sama-sama membantu insan-insan yang kurang bernasib baik terutama pada kanak-kanak.
(Ya Tuhan.. i sound like politician la pulak!)

Sebarang pertanyaan bolehlah korang pm fizzzy di Yahoo Messenger i.d lopo_lopo83.


Ps...Dengan izin Tuhan, diharap semua akan berjalan dengan lancar..amin.